Sunday, March 21, 2010

Bus Driver

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta di hadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari bossnya....:


Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again.

(maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta di hadapan, tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.

(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu: I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind.

(maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)


Balik Kampung

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang kekampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali niabang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza..tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....

di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BANG!! Usin tak ingat lagi apa yang terjadi disekelilingnya.
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?"
Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tula, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... .

..Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
Malu beb!!

Biskut Oh Biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak malunya lelaki ni... ..dah la tak mintak dari aku... .makan sama banyak dengan aku pulak tu... Pencuri!!!! rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar. Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai.

Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi... ..Ya ... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar... ..


Motif: Oleh itu... jangan makan biskut masa menunggu, makan benda lain... ...

Jualan Murah

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut ... sehingga ada yang beratur seawal2nya...walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai...tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi..."woi..tak nampak ke orang ha.." jerkahnya..

"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...
Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh...
setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan hadapan... tapi tetapi tidak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata... "Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat jgk smpai kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaa..........Tokey kedai tue rupanye...
ehehehe..... kesian dia kan....

Belajar 2X Lebih Pantas

Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk "Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja". Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya "Kenapa ambil dua buku yang sama? Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?"

"Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja".

Tuesday, March 9, 2010

Banyak Sangat!

Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..

"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar
negara..!" kata bos.

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata..

"Apa susah2.. malam ni kita
tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"

Bad Language

A man goes to the confessional and begins


"Forgive me Father, for I have sinned."

"What is your sin, my son?" the priest asks back."Well," the man starts, "I used some horrible language this week and I feel absolutely terrible." "When did you use this awful language?" asks the priest.

"I was golfing and hit an incredible drive that looked like it was going to go over 250 yards, but it struck a phone line that was hanging over the fairway and fell straight down to the ground after going only about 100 yards."

"Is that when you swore?" "No, Father," says the man.

"After that, a squirrel ran out of the bushes and grabbed my ball in his mouth and began to run away."

"Is THAT when you swore?" asks the Father again. "Well, no," says the man.

"You see, as the squirrel was running, an eagle came down out of the sky, grabbed the squirrel in his talons and began to fly away!"

"Is THAT when you swore?" asks the amazed Priest. "No, not yet," the man replies.

"As the eagle carried the squirrel away in his claws, it flew toward the green. As it passed over a bit of forest near the green, the squirrel dropped my ball."

"Did you swear THEN?" asks the now impatient Priest.

"No, because as the ball fell it struck a tree, bounced through some bushes, careened off a big rock, and rolled through a sand trap onto the green and stopped within six inches of the hole."

The Priest sighs, "You missed the putt, didn't you?!"

 
Copyright 2009 Funny Aiman. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator