Tuesday, May 25, 2010

Tiada Emel Dan Komputer

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan. Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. Setelah bersetuju, Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…"

“Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email", jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.

Wanita itu spontan menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”...

Isteri Cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi". ....

Karakter Orang Berdasarkan Kentutnya

ORANG TIDAK JUJUR
orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG estupido
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi

Kemalangan

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan.

Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.

Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.

"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol.

Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".

Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang.... Ujian Alkohol, mesti awak kantoi.. Jadi, awak la dipersalahkan.. Saya boleh baiki kereta, tanpa bayar "

Kelate vs Ganu

MENANTU TERENGGANU : MOK...KALU MOK GI KEDAA...TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........NANTI KITO BAYAR

MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH.....

SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI......................

MENANTU TERENGGANU : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....

MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...

MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK ADA SEPIK NUNG......(sepit / ketam)...

Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."
Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Parachute

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendakterhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?".Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary Clinton, bekas watina pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Orang Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute untuk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya".
 
Copyright 2009 Funny Aiman. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator